Sunday 24 March 2013

★ Cuti Sekolah : Merehatkan Mental & Fizikal ★

Adusss...sudah lama rasanya tak jenguk kat blog nie, maklumlah busy sesangat dgn aktiviti sekolah. Minggu ke-6 (10 - 14 mac) merupakan minggu yang paling memenatkan, bekerja 7 hari seminggu...minggu tersbut juga merupakan minggu peperiksaan diikuti PIBG & sekolah ganti...

Pada hari Ahad pulak kena menyertai "One Million Women Purple Walk 2013"...best sesangat dpt bersenam bersama kawan2...hehehehe.

Hari Khamis adalah hari yg mendebarkan krn result SPM 2012 keluar. Semua guru sibuk pada hari tersebut, mana tidaknya dgn result nak keluar, kena siapkan semua kerja sebelum cuti sekolah. Diriku dapat menimba satu pengalaman baru apabila di ajak utk membuat analisis subjek Sejarah SPM 2012. Baru ku tahu bertapa penting kesabaran & ketelitian dlm membuat analisis tersebut. Terima kasih kpd Kak Na krn memberi peluang kepadaku untuk belajar tentang semua ituu...

Sekarang adalah masa untukku merehatkan mental & fizikal sepuas-puasnya sblm sesi persekolahan bermula...

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA...
(◕‿-)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinogfAd0F7ds5jHe1ru0nxqLnyxygsW8Bh9ebTJLje5fpbV6StL2tsfjuP2F-rD1vv2nBrw_GsLuBTtTEWNHqp39tt3KTJE2mduvJqhqiPAa3eEwLM2RwAbZ0GBJ14SEXi4zd8xHuYJXdZ/s1600/logo-cutisekolah.png

Wednesday 13 February 2013

✽ Praktikal Part 1 : SMKWB Tempatku Mencari Pengalaman ✽

Setelah beberapa hari menjadi warga SMKWB, diriku cuba sesuaikan diri dgn p'sekitaran & budaya sekolah. Yang pastinya aku merupakan pelanggan tetap koperasi sekolah...ada jer benda yg dibelinya...hehehehehehe...

Setakat nie, semua cikgu2 kat sini ok2 belaka...ramah, tak kedekut ilmu (tu yg penting yer)...ku masih dlm proses utk mengenali cikgu2 disini yg seramai 150+ org semuanye...tak kenal maka tak mesra ler kan...kihkihkih


Mata Pelajaran Yang Diajar

✽ ICT               : Ting. 4 Alfa (17 org pelajar)
✽ ICTL              : Ting. 2 Dedikasi (35 org pelajar)
✽ Matematik      : Ting. 2 Mulia (23 org pelajar)


✽ Guru Pembimbing ICT           : En. Che Abdul Rahman B. Che Daud
✽ Guru Pembimbing Matematik  : Pn. Nur Hanani
✽ Pensyarah Pembimbing          : Dr. Rahimah Embong


Kegiatan Kokurikulum

✽ Rumah Sukan           : Rumah Bendahara (Rabu : 4.00 - 6.00 ptg)
✽ Badan Berunifrom     : Kadet Remaja Sekolah (KRS)
✽ Sukan & Permainan   : Badminton 
✽ Kelab & Persatuan     : ICT

Tuesday 12 February 2013

✽ Praktikal Oh Praktikal ✽

Alhamdulillah selamat melaporkan diri secara rasminya di SMK Wakaf Bharu, Kelantan pd 03feb2013 dengan cikgu MIRA. Berdebar sangat2 masa mula2 menjejakkan kaki di pejabat sekolah, maklumlah belum mengenali budaya sekolah tu macam mana lagi kan. Pelik jugak kenapa boleh timbul perasaan berdebar nie ekk, hari tu dah buat lawatan sosial dah...mmmmmm. Namun, pihak sekolah telah  m'berikan layanan yg baik semasa menyambut kedatangan kami.

Opsss...nampaknya kami mendapat kawan baru ketika sama2 melaporkan diri. Mereka berdua merupakan pelajar Dpli/GSTT dari UUM kursus Perdagangan/BM. Sama macam kami jugak cuma yg bezanya adalah kursus & U sahaja. Selamat berkenalan utk ROS & MAS. Semoga kita semua dapat menjalani latihan praktikal dengan jayanya...(◑‿◐)

Saturday 2 February 2013

~ Debaran Menanti 03feb ~

Praktikal oh praktikal...hatiku berdebar2, maklumlah dh lama tinggalkan aktiviti mengajar & dunia persekolahan nie. Ku harapkan semuanya akan b'jalan dgn lancar sepanjang menjalani latihan praktikal. Segala tunjuk ajar & kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan...SMK Wakaf Bharu tunggu kemunculanku disana pada 03 feb nanti..

Tuesday 29 January 2013

Bila Elaun Dah Masuk...

Nak beli apa ekkk???...Tiba2 tak tau nk beli apa...Pelik sungguh ler, sebelum elaun masuk terasa macam2 nak beli ada kat fikiran nie...Bila dh ada duit, tak tau nk buat ape. Apa yg pastinya nak beli kelengkapan utk praktikal jer. Macam tak de mood jer nk shopping bulan nie...eheheheh pelik pelik...Mungkin mood shopping tak sampai lagi kot....Apa yg penting setiap bulan kena menabung utk masa2 kecemasan...Tak de kalut nanti kannn...hehehehe

Sunday 27 January 2013

~ Takwim Sekolah 2013 ~

Dah dekat nak praktikal nie, mula mencari takwim sekolah untuk rujukan...senang nk buat perancangan (iyeke...ntah2 nk tgk cuti jer kottt)...





Wednesday 23 January 2013

~ Maulidur Rasul ~


Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua. Marilah sama2 kita menghayati makna disebalik sambutan Maulidur Rasul. Tema Maulidur Rasul bagi tahun 2013 adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"...