Sunday 24 March 2013

★ Cuti Sekolah : Merehatkan Mental & Fizikal ★

Adusss...sudah lama rasanya tak jenguk kat blog nie, maklumlah busy sesangat dgn aktiviti sekolah. Minggu ke-6 (10 - 14 mac) merupakan minggu yang paling memenatkan, bekerja 7 hari seminggu...minggu tersbut juga merupakan minggu peperiksaan diikuti PIBG & sekolah ganti...

Pada hari Ahad pulak kena menyertai "One Million Women Purple Walk 2013"...best sesangat dpt bersenam bersama kawan2...hehehehe.

Hari Khamis adalah hari yg mendebarkan krn result SPM 2012 keluar. Semua guru sibuk pada hari tersebut, mana tidaknya dgn result nak keluar, kena siapkan semua kerja sebelum cuti sekolah. Diriku dapat menimba satu pengalaman baru apabila di ajak utk membuat analisis subjek Sejarah SPM 2012. Baru ku tahu bertapa penting kesabaran & ketelitian dlm membuat analisis tersebut. Terima kasih kpd Kak Na krn memberi peluang kepadaku untuk belajar tentang semua ituu...

Sekarang adalah masa untukku merehatkan mental & fizikal sepuas-puasnya sblm sesi persekolahan bermula...

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA...
(◕‿-)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinogfAd0F7ds5jHe1ru0nxqLnyxygsW8Bh9ebTJLje5fpbV6StL2tsfjuP2F-rD1vv2nBrw_GsLuBTtTEWNHqp39tt3KTJE2mduvJqhqiPAa3eEwLM2RwAbZ0GBJ14SEXi4zd8xHuYJXdZ/s1600/logo-cutisekolah.png

0 comments:

Post a Comment